
Seperti apa yang kami war-warkan sebelum ini, pemandu uji kami Anuar Norick baru-baru ini turut terlibat dalam aktiviti pemanduan bersama pihak Media bagi merasai sendiri keupayaan model baharu dari MG Malaysia iaitu model MG5. Kesempatan ini diambil oleh pemandu uji kami untuk bertanyakan isu yang agak hangat diperkatakan atau dipertikaikan oleh orang awam mengenai model ini.
Adakah model MG5 di Malaysia ini tidak melepasi piawaian keselamatan yang biasa disajikan oleh pengeluar kenderaan di Malaysia atau ia berbeza dengan unit yang diuji melalui “Autralasian New Car Assessment Program” seperti yang menjadi kerisauan ramai pengguna di Malaysia. Mengikut informasi yang diterima, unit yang diuji oleh ANCAP adalah berbeza sama sekali dengan yang dipasarkan di Malaysia dan ini berikutan unit yang diterima untuk pasaran Malaysia dipasang di Thailand dan bukan dari China.

Melalui sesi uji pandu yang kami sertai, keupayaan kenderaan ini juga turut disahkan memiliki lebih kurang enam beg udara keselamatan berserta keupayaan bantuan pemanduan elektronik lain. Maklum balas awal yang boleh kami kongsikan berkenaan MG5 ini adalah ia sebuah kenderaan yang sudah pasti melepasi piawaian keselamatan di Malaysia dan juga ia turut mempunyai sistem sokongan asas yang boleh didapati dari sebuah kereta moden yang berada di pasaran masakini.
Uji pandu yang dilaksanakan bakal kami kongsikan dalam bentuk perkongsian video dan ia boleh menjelaskan dengan lebih baik apa yang kami perolehi melalui sesi tersebut. Oleh itu, bagi mereka yang berminat untuk memiliki MG5 ni tak perlu risau bahawa kereta ini cukup positif dalam aspek-aspek asas yang kita lihatkan dalam segmen kenderaan berikut. Teruskan bersama kami di Drivin On untuk perkembangan cerita buat model ini.







Leave a comment